Mengenai Kami

Mengenai Kami

Portal ini membantu anda mencari kursus vokasional yang sesuai dengan keperluan anda.

Usaha ini dimulakan oleh Penang Institute ketika negara dilanda wabak Covid-19. Ia merupakan tindak balas terhadap permintaan yang tinggi dalam kalangan lepasan sekolah dan penganggur yang ingin meningkatkan kemahiran mereka.

 

Dengan memberikan akses mudah terhadap maklumat mengenai kursus vokasional, kami berhasrat untuk membantu individu membuat keputusan yang tepat bagi pembangunan peribadi yang holistik.

 

Portal ini adalah bebas dan tidak berkaitan dengan mana-mana institusi pendidikan yang disenaraikan dalam laman web ini. Semua maklumat yang dikongsi adalah untuk tujuan membangunkan kemahiran membuat keputusan bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran mengikut kesesuaian.

Khususkan laluan pembelajaran anda
mengikut keperluan dan tahap kehidupan
anda sekarang.

Jenis Apa?

Secara umum, kursus sijil adalah lebih menyeluruh, manakala pentauliahan-mikro boleh dianggap sebagai kursus mini untuk kemahiran tertentu. Tidak kiralah anda seorang pelajar lepasan sekolah menengah atau pekerja berpengalaman yang ingin meningkatkan kemahiran, anda boleh meneroka kursus yang sesuai dalam pangkalan data ini.

Kursus Sijil

  • Program pembangunan profesional
  • Latihan yang menyeluruh dan mendalam

 

Pentauliahan-Mikro (Kursus Pendek)

  • Modul kecil-kecilan
  • Tempoh masa yang singkat
  • Kemahiran khusus

 

MOOCs

  • Kursus terbuka dalam talian secara besar-besaran

6 bulan dan ke bawah

7 bulan – 1 tahun

1 – 2 tahun, dan ke atas

Berapa Lama Tempoh Pembelajaran?

Proses pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila sahaja. Anda boleh menapis kursus mengikut tempoh berdasarkan jadual masa anda.

Kursus Mana?

Pilih kursus mengikut bidang minat
anda.

Syarat-Syarat Kemasukan?

Baca syarat kemasukan bagi kursus yang anda minati.

Mengenai Penang Institute

PENANG INSTITUTE adalah salah satu badan pemikir utama di Malaysia. Dengan cogan kata “Making Ideas Work”, Penang Institute menggalakkan pemikiran yang berani dan inovatif bukan sahaja dalam disiplin akademik tetapi juga dalam kesusasteraan dan budaya.

Untuk maklumat lanjut