Apakah fungsi laman web ini?
Laman web bersepadu ini menyediakan direktori untuk kursus vokasional yang terdapat di Pulau Pinang dan di Wilayah Utara. Ia bertujuan untuk membantu pelajar, guru/kaunselor dan pelajar sepanjang hayat mencari kursus vokasional yang sesuai dengan keperluan mereka. Kursus vokasional merangkumi kursus sijil dan pertauliahan-mikro (kursus pendek). Anda juga boleh mencari beberapa platform kursus terbuka dalam talian (MOOCs) yang terkenal di bawah ‘Platform MOOC’.
Adakah kursus-kursus ini mempunyai had umur?
Ya, kebanyakan kursus ada had umur. Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional bermula dari umur 16 tahun (selepas PT3). Bagi yang lain, sila rujuk ‘Kursus’ untuk maklumat umum. Kursus dalam talian mungkin bergantung pada tahap kemahiran anda.
Apakah kursus-kursus vokasional yang boleh saya ambil jika saya hanya mempunyai kelayakan Tingkatan 3?
Sila rujuk ‘Kursus’ untuk senarai kursus dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional.
Apakah kelayakan akademik minimum bagi kursus-kursus ini?
Minimum PT3 (Tingkatan 3) diperlukan untuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional.
Minimum SPM (Tingkatan 5) diperlukan untuk peringkat pengajian tinggi (cth. Sijil, Diploma dan ke atas), tetapi ada yang boleh menerima APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu).
Apakah kursus vokasional yang ada di Pulau Pinang?
Sila rujuk ‘Kursus’ untuk kursus sijil, pertauliahan-mikro (kursus pendek) atau kursus dalam talian yang tersedia.
Berapakah yuran pengajian bagi kursus-kursus ini?
Ia bergantung pada institusi dan kursus yang anda pilih. Sila rujuk laman web institusi masing-masing untuk maklumat lanjut.
Berapa lamakah tempoh pengajian kursus-kursus vokasional ini?
Ia bergantung pada kursus yang anda pilih. Sila rujuk ‘Kursus’ untuk maklumat lanjut.
Bagaimana jika saya ingin belajar mengikut kelajuan sendiri?
Anda boleh meneroka kursus dalam talian yang terdapat di ‘Platform MOOC’. Anda juga boleh mencuba kursus pertauliahan-mikro (kursus pendek) yang terdapat di Pulau Pinang.
Adakah kursus-kursus yang dipapar dalam ‘Kursus’ kursus tempatan atau luar negara?
Semua kursus yang disenaraikan (kursus sijil dan pertauliahan-mikro) adalah kursus yang terdapat di Pulau Pinang dan di Wilayah Utara. ’Platform MOOC‘ (Massive Open Online Courses) pula mempunyai kursus-kursus dalam talian daripada institusi-institusi tempatan dan asing.
Adakah kursus-kursus yang dipapar dalam ‘Kursus’ kursus atas talian atau kursus fizikal?
Terdapat kursus-kursus secara fizikal/maya bergantung pada institusi dan kursus yang ditawarkan.
Di manakah boleh saya mendapatkan sumber-sumber bagi kursus dalam talian?
Sila rujuk kepada ‘Platform MOOC’ dalam ‘Kursus’.
Apakah jenis kerjasama yang boleh dilakukan?
Kami mengalu-alukan kerjasama dengan semua institusi yang menawarkan kursus vokasional di Pulau Pinang. Jika anda ingin menyenaraikan kursus-kursus institusi anda di laman web kami atau mempunyai sebarang cadangan kerjasama, sila ke bahagian ‘Hubungi Kami’ untuk mengisi dan menyerahkan Borang Perhubungan.
Mengapakah saya perlu mengambil kursus vokasional?
Kursus vokasional membolehkan anda memperoleh pengalaman praktikal sebelum anda menamatkan pengajian.
Kajian Pengesanan Siswazah 2021 menunjukkan bahawa 68% graduan mendapat pekerjaan dalam 6 bulan selepas menamatkan pengajian di institusi vokasional berbanding 60% daripada institusi bukan vokasional.
Perlukah saya sambung belajar atau mula bekerja dengan kelayakan saya?
Jika anda tidak pasti tentang masa depan anda, anda boleh berbincang dengan kaunselor sekolah, ibu bapa atau senior anda. Anda juga boleh melawati pameran pendidikan/kerjaya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kursus yang manakah sepatutnya saya ambil?
Ia bergantung pada minat anda. Anda boleh bercakap dengan kaunselor sekolah, ibu bapa, rakan atau senior anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda juga boleh berkunjung ke pameran pendidikan/kerjaya.
Apakah laluan pendidikan yang mungkin bagi trek vokasional?
Anda boleh merujuk kepada informasi yang terdapat di studymalaysia.com.
Bolehkah anda menghubungkan saya dengan majikan tempatan?
Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian.
Panduan Kerjaya Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (VET)
Menerokai, memenuhi Laluan Kerjaya melalui Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional
Anda mungkin pernah terlintas dengan soalan ini semasa anda kecil dan pada usia remaja
Apakah cita-cita anda apabila meningkat dewasa?
Anda mempunyai pekerjaan impian?
Bagaimanakah cara anda mencapai pekerjaan impian?
Adakah anda bercadang untuk meneruskan pengajian setelah anda menamatkan pengajian menengah tinggi atau mula bekerja selepas tamat sekolah menengah?
Apa yang anda ingin belajar? Pernahkah anda menyelami apakah kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan keperluan anda?
Jika anda belum memikirkannya dengan teliti, mungkin anda ingin menyemak semula soalan tadi dan mula merancang masa depan anda.
Apakah Pekerjaan Impian Anda?
Sesetengah daripada anda sudah mempunyai, atau mungkin mempunyai idea tentang pekerjaan impian anda. Jika anda merasakan bahawa anda lebih cenderung dalam bidang akademik mungkin kerjaya konvensional seperti akauntan, jurutera, guru, doktor, atau peguam mungkin paling sesuai untuk anda. Tetapi jika anda merasakan anda lebih praktikal dan berharap untuk bekerja sebagai pengukir, pemuzik, pembuat filem, artis kesan visual, stuntman, atlet profesional atau usahawan, anda mungkin ingin mempertimbangkan kursus atau ijazah vokasional.
Untuk memberi anda beberapa idea, kami akan menerangkan apa itu kursus vokasional, mengapa mengikuti ijazah vokasional, dan apakah faedah yang diperolehi jika anda mengikuti ijazah vokasional.
Kursus vokasional menekankan pembelajaran hands-on yang mempersiapkan diri pelajar untuk memasuki profesion atau perniagaan yang mahir. Ia berbeza daripada kursus akademik yang lebih bersifat teori seperti Sejarah, Geografi, dan Matematik yang menjurus kepada pelbagai profesion. Kursus vokasional direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran khusus yang diperlukan untuk memasuki dunia pekerjaan. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sedikit idea tentang rancangan masa depan tetapi ingin belajar cara untuk ke sana.
Sesetengah orang percaya bahawa ijazah dan kelayakan vokasional adalah kurang berprestij atau bernilai berbanding kursus akademik lain. Ini tidak benar kerana ia ditentukan oleh tahap kursus vokasional yang diambil. Malah, terdapat pelbagai kursus vokasional yang disediakan setaraf dengan ijazah sarjana muda dan juga program pasca siswazah.
Mengapa Mengejar Ijazah Vokasional?
Pendidikan vokasional membolehkan anda belajar dalam persekitaran praktikal, memperoleh kemahiran dalam bidang pilihan anda sebelum anda menamatkan pengajian. Anda boleh mula serta-merta di laluan kerjaya pilihan anda dengan kelayakan dan latihan yang anda terima sejurus selepas menamatkan program yang ketat.
Apakah Faedah Mengikuti Ijazah Vokasional?
Dapatkan kemahiran yang berkait dengan kerja! Anda mungkin bersemangat untuk bekerja, tetapi anda mesti terlebih dahulu memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Di sini, kursus vokasional boleh membantu anda belajar dalam keadaan dunia sebenar dan dapatkan pengalaman kerja semasa belajar.
Jangka Masa Yang Lebih Pendek
Pendidikan vokasional menawarkan kursus pendek seperti kursus sijil selama 6 bulan, contohnya, Sijil Profesional dalam Reka Bentuk Seni Bina Dalaman dan Kursus Pembantu Perawatan Kesihatan adalah selama tiga bulan, di mana anda boleh mendapatkan pekerjaan dengan mudah selepas tamat pengajian. Ijazah akademik mengambil masa yang lebih lama untuk tamat. Pendidikan dan latihan vokasional adalah berharga jika anda ingin bekerja secepat mungkin untuk menceburi dalam sesuatu bidang.
Mendapat pekerjaan hanyalah permulaan. Untuk maju di tempat kerja dan menjadi pakar, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil kursus vokasional pada tahap pensijilan yang lebih tinggi (peringkat ijazah) untuk tahap pengetahuan yang lebih khusus. Jika anda ingin menukar kerjaya atau menaik taraf kemahiran baru untuk kekal dalam pasaran kerja, ijazah vokasional lebih sesuai kerana tempoh masa belajar yang lebih singkat.
Belajar Sambil Bekerja
Beberapa kursus vokasional, ditawarkan secara sambilan, seperti Ijazah Profesional dalam Reka Bentuk Dalaman yang ditawarkan oleh Blue Pillar Academy, membolehkan anda bekerja dan belajar pada masa yang sama. Disebabkan kelas diadakan selepas waktu pejabat, anda boleh memperbaiki diri anda tanpa perlu melepaskan kerja anda.
Persediaan Untuk Ke Menara Gading
Jika anda ingin menuntut di universiti tetapi tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan sekarang, ijazah vokasional boleh menjadi batu loncatan yang sempurna. Adalah lebih baik untuk membuat semakan dengan universiti terlebih dahulu untuk memastikan kursus anda diterima dan anda telah mendapat gred yang diperlukan.
Kecenderungan Minat
Sebaik sahaja anda megetahui kecenderungan minat anda, anda boleh mengembangkan kemahiran anda melalui Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET). Anda boleh mempraktikkan pengalaman praktikal anda terlebih dahulu, dan kemudian beralih ke pendidikan vokasional yang lebih tinggi jika anda ingin mempunyai kerjaya yang lebih baik untuk perancangan jangka masa panjang.
Peluang Pekerjaan Sentiasa Ada
Memandangkan kemajuan pesat dalam teknologi, sudah tiba masanya untuk meningkatkan kemahiran anda untuk kekal relevan dalam pasaran kerja. Ekonomi Malaysia yang semakin berkembang memerlukan pekerja mahir di semua peringkat. Anda mungkin perlu bermula sebagai pekerja berkemahiran sederhana rendah, dan kemudian memajukan kemahiran dan pengalaman anda dengan menjalani latihan untuk menjadi pekerja berkemahiran tinggi.
Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) telah menunjukkan kadar kebolehpasaran yang tinggi berbanding laluan akademik tradisional. Terdapat lebih daripada 1,000 institusi TVET seperti kolej komuniti kolej vokasional, politeknik dan institusi pengajian tinggi untuk dipilih. Jadi rebutlah peluang sekarang dengan ijazah vokasional untuk membantu anda dalam kerjaya dan kehidupan anda!
Education / Career pathways
Mengapakah saya perlu mengambil kursus vokasional?
Kursus vokasional membolehkan anda memperoleh pengalaman praktikal sebelum anda menamatkan pengajian.
Kajian Pengesanan Siswazah 2020 menunjukkan bahawa 66% graduan bekerja selepas menamatkan pengajian di institusi vokasional berbanding 58% daripada institusi bukan vokasional.
Perlukah saya sambung belajar atau mula bekerja dengan kelayakan saya?
Jika anda tidak pasti tentang masa depan anda, anda boleh berbincang dengan kaunselor sekolah, ibu bapa atau senior anda. Anda juga boleh melawati pameran pendidikan/kerjaya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kursus yang manakah sepatutnya saya ambil?
Ia bergantung pada minat anda. Anda boleh bercakap dengan kaunselor sekolah, ibu bapa, rakan atau senior anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda juga boleh berkunjung ke pameran pendidikan/kerjaya.
Apakah laluan pendidikan yang mungkin bagi trek vokasional?
Anda boleh merujuk kepada informasi yang terdapat di studymalaysia.com atau klik pada pautan ini untuk visual
https://www.studymalaysia.com/images/education/various-education-pathways-large.jpg
Bolehkah anda menghubungkan saya dengan majikan tempatan?
Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian.